Siakap Keli
Gambar Instagram

(Video) Lofa Menangis, Umum Bakal Tinggalkan Program Meletop Selepas 7 Tahun Buat Ramai Sebak

Siapa yang tidak kenal dengan pengacara terkenal malah seorang ahli perniagaan terkenal, Noor Neelofa mengumumkan pengundurannya daripada program Meletop.

Neelofa mengumumkan perkara tersebut semalam dalam rancangan Meletop membuatkan peminatnya sedih dan terkilan.

Menurut Neelofa dalam rancangan tersebut, hatinya berat untuk tinggalkan rancangan tersebut, ini bulan terakhir untuknya menjadi pengacara dalam ramcangan tersebut.

“Terima kasih untuk segalanya dan beri kepercayaan kepada saya selama ini”

Rancangan tersebut diterbitkan sejak tahun 2012 dengan kehadiran Neelofa dan pasangan pengacaranya Nabil Ahmad memberi impak yang besar dalam program tersebut.

Rata-rata netizen meninggalkan kata-kata semangat dan bersedih kepada Neelofa kerana bulan ini adalan bulan terakhir sebagai pengacara Meletop.

“Pertama kali tengok Lofa menangis, sentiasa akan merindui kamu”

“Pengacara lain tak boleh ganti Lofa, You the best host ever”

Tak lekang juga ada yang memberi komen di laman Instagram Neelofa sendiri.

“Semoga sukses sentiasa”

“Takboleh tengok dia live dah”

“Please fikir keputusan akan tu”

 

Sumber: Meletop

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)