Siakap Keli

(Video) Viral Aksi ”Tak Sporting” Pemain Filipina Selepas Tamat Perlawanan, Bikin Pemain Malaysia Tak Puas Hati

Pemain Filipina tak ‘sporting’

Insiden tindakan bersalaman yang tidak ‘sporting’ ditunjukkan oleh pemain Filipina ke atas pemain negara menjadi tular di media sosial.

Perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Filipina yang berlangsung di Stadium Rizal Memorial, Manila dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA 2019 berakhir dengan kekalahan tipis sebanyak 1-0 di tangan tuan rumah.

Sungguhpun perlawanan tersebut berjalan dengan lancar, namun terdapat insiden yang kurang enak diantara para pemain didakwa berlaku selepas wisel penamat dibunyikan.

Insiden yang kurang enak itu berlaku ketika para pemain beratur untuk bersalaman selepas perlawanan. Pemain Filipina, Justin Baas didakwa bertindak bersalaman dengan cara yang agak keras dengan pemain Malaysia.

Tindakannya itu dipercayai membuatkan beberapa pemain negara tak berpuas hati kerana sepatutnya perbuatan bersalaman itu bertujuan untuk menunjukkan tanda hormat serta semangat kesukanan yang tinggi di antara pemain.

Pemain negara protes

Susulan daripada insiden tersebut, beberapa pemain negara bertindak memprotes tindakan itu kepada pegawai pasukan Filipina ketika masih di atas padang.

Netizen-netizen di media sosial juga turut menyatakan kekecewaan berkenaan dengan tindakan yang dilakukan pemain Filipina tersebut ke atas pemain negara.

Tindakan yang kurang ‘sporting’ ditunjukkan oleh pemain Filipina itu seharusnya tidak patut dilakukan kerana ianya boleh menimbulkan rasa tidak senang kepada banyak pihak. Ianya juga suatu tindakan yang boleh mencemarkan semangat kesukanan.

Ini kerana, sebagai seorang pemain bola sepak yang profesional, tindakan-tindakan yang dilakukan oleh salah seorang pemain itu akan mencerminkan peribadinya. Ianya juga tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan kanak-kanak yang meminati sukan bola sepak ini. Selain daripada itu juga, seorang pemain bola sepak profesional juga sepatutnya perlu menjadi contoh teladan yang baik untuk peminatnya.

Sungguhpun begitu, tindakan kapten pasukan Skuad Harimau Malaya, Adam Nor Azlin perlu dipuji kerana berjaya menenangkan serta menghalang rakan sepasukannya yang lain daripada melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.

Skuad negara kini menduduki tangga ketiga selepas mengharungi tiga perlawanan dengan berbaki 1 lagi perlawanan yang wajib menang menentang Kemboja bagi membolehkan pasukan Malaysia melangkah ke peringkat seterusnya.

Baca: Nak Beli Cash Tak Mampu, Huawei Wujudkan Skim Bayaran Ansuran 0% Interest Untuk Pelajar Beli Gadgetnya

Sumber: @harimaumalaya7

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.