Siakap Keli
Kredit: Middle East Monitor / Google

Kecewa Dah Kahwin Lama Tapi Tak Dapat Anak, Lelaki Didakwa Bakar Isteri Sendiri Tak ‘Mampu’ Mengandung

Kaherah, Mesir – Seorang lelaki bertindak kejam membakar isterinya yang didakwa tidak mampu hamil selepas tiga tahun perkahwinan.

Menurut Midle East Monitor, lelaki itu mengikat isterinya sebelum menuang cecair mudah terbakar dan membakar wanita itu.

Dia tanpa serba salah meninggalkan rumah mereka dan menuju ke rumah ibu bapanya di dalam bangunan yang sama tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan.

Jiran yang menyedari kejadian tersebut telah menghubungi polis dan ambulans yang menemui mangsa.

Ketika ditemui, wanita itu telah mengalami luka terbakar sehingga 70 peratus daripada badannya di samping rosak salah satu peparunya. Mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

Menurut jiran, suspek dan ibunya sering mendera wanita berkenaan sepanjang perkahwinan mereka kerana percaya wanita itu mandul. Suspek telah ditahan dan dirujuk kepada pihak pendakwaan.

Di Mesir, seramai 4,000 wanita didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga setiap hari. Laporan Bangsa Bersatu (UN) menyatakan 26 peratus wanita Mesir berusia 15 hingga 49 tahun melaporkan keganasan rumah tangga.

Sumber: Midle East Monitor

Amira

Love yourself.