Siakap Keli
Kredit: Stance Grounded

(Video) Anak Sindrom Down Peluk Anak Austisme, Cuba Tenangkan Kawannya Yang Menangis

Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencoraknya. Seperti kain putih, mereka suci, tiada dosa, tiada prasangka. Banyak yang kita boleh pelajari dari mereka yang tidak tahu membenci dan mendiskriminasi sesiapa.

Seorang kanak-kanak yang mengalami sindrom Down membuktikan bahawa sesungguhnya dia tidak kurang, namun mempunyai kelainan dari segi upaya menzahirkan empati kepada orang lain.

Di saat ramai orang dewasa makin tumpul empati dalam diri, anak kelainan upaya (OKU) ini membuka mata kita dengan nilai kemanusiaan yang sebenar.

Kanak-kanak sindrom Down itu dilihat memeluk seorang rakan yang dikatakan menghidap autisme dan bermesra dengannya.

Video tersebut telah berjaya menyentuh hati 96 ribu warga maya yang memberi tanda suka daripada jumlah keseluruhan 3.36 juta tontonan.

Kasih sayang itu naluri

Anak ini mengingatkan kita, kasih sayang itu naluri dan semula jadi manakala kebencian itu diajar.

Kekurangan kasih sayang dan empati adalah akar permasalahan kita. Kita memerlukan kasih sayang dan empati dalam dunia ini.

Manusia terbaik dalam sejarah

Saya pernah bekerja dengan kanak-kanak yang mengalami ‘masalah’ perkembangan sebelum ini. Sejujurnya, mereka adalah manusia terbaik dalam sejarah.

Meniru gerakan terapeutik

Apa yang lebih menakjubkan adalah anak dengan sindrom Down itu mengikut siri corak pergerakan terapeutik dengan tangan kanak-kanak yang lain itu. Dia benar-benar memerhati dan menirunya!

-Ahli Terapi Pekerjaan Kanak-kanak

Anak autisme berhati suci

Saya membesarkan seorang anak dengan autisme. Dia mempunyai hati yang luhur dan suka mendoakan orang lain.

Jika dia melihat anda bersedih, walaupun orang tak dikenali, dia segera ingin memegang dan mendoakan anda.

Umurnya sebelas tahun sekarang dan saya mendoakan dia mengekalkan semangat empati dan doa itu.

Sumber: Stance Grounded

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.