Siakap Keli

Filipina Dijangka Berada ‘Bawah Air’ Dalam Tempoh 30 Tahun – Kajian

Satu kajian terbaharu menunjukkan bahawa negara Filipina dijangka akan ‘tenggelam’ dalam tempoh masa 30 tahun lagi.

Kajian itu juga memberi amaran mengenai masa depan alam sekitar yang sangat membimbangkan.

Menurut penulisan itu, dalam tiga dekad, kawasan-kawasan pantai termasuk di Manila Bay akan tenggelam disebabkan oleh kesan daripada perubahan iklim.

Kajian yang dijalankan oleh Organisasi Sains Climate Central itu juga menjangkakan seramai 150 juta orang iaitu tiga kali ganda bilangannya daripada jangkaan sebelum ini  akan terkesan jika perubahan iklim tidak dikurangkan.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal akses terbuka Nature Communications, berkata 150 juta orang, tiga kali lebih banyak daripada yang dianggarkan sebelum ini serta berpotensi menjadi pelarian menjelang 2050, atau sehingga 300 juta menjelang akhir abad jika perubahan iklim tidak dikurangkan.

Kajian itu mengenal pasti Filipina sebagai salah satu negara yang paling terdedah kepada banjir. “… Kami mendapati lebih daripada 70 peratus daripada jumlah penduduk (hidup) di kawasan tanah yang terlibat di lapan negara Asia: China, Bangladesh, India, Vietnam, Indonesia, Thailand, Filipina dan Jepun.”

Melalui peta simulasi yang ditunjukkan di dalam laman web Climate Central, bandar di Filipina yang akan berada dibawah paras air laut pada 30 tahun akan datang seperti Manila, Malabon, Bulacan, Valenzuela dan Pasay City.

Kawasan lain yang turut terjejas termasuk di bahagian Roxas, Visayas, Cotabato, Surigao dan Butuan di Mindanao. Seramai 8.6 juta orang akan terjejas di kawasan itu.

Sumber: Nature Communications, Asia News Network 

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra