Siakap Keli
Foto: Twitter Syafiq

Geram Kereta Kena ‘Double Park’, Lelaki Hadiahkan Kondom Tanda ‘Panas Hati’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin hampir semua orang pernah alami insiden kecil seperti ini. Malah ada juga segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab sering menghalang parking kereta lain.

Bermacam-macam ragam orang di dalam dunia ini. Namun, sebagai manusia biasa, kita perlulah terapkan unsur bertimbang rasa yang tinggi dalam diri kita.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki mengguna nama samaran Syafiq berkata dalam keadaan tergesa-gesa untuk menghadiri perkahwinan rakan, dia terpaksa menunggu dari pagi hinggalah petang.

Tambahnya lagi, pada mulanya dia ingin menggunakan perhidmatan e-hailing sahaja tetapi dengan jumlah yang mahal untuk ke destinasi seterusnya, dia membatalkan niat tersebut.

Tambahnya ketika dihubungi, lelaki ini menyangka pemilik kenderaan tersebut hanya sebentar sahaja parkir di belakang keretanya itu. Sehingga 18 jam menunggu, tuan kereta tersebut masih tidak mengalihkan kenderaannya itu. Bahkan, lelaki ini terlepas untuk menghadiri majlis perkahwinannya itu.

Apa yang menarik perhatian warganet, lelaki ini bertindak menulis sepucuk nota dan ‘hadiah istimewa’ kepada pemandu tidak bertanggungjawab tersebut.

Kepada Bodoh, 

Terima kasih menghalang kereta saya. Sila guna ‘benda’ (kondom) ini sebaiknya sebab kami tidak mahu orang seperti kamu. 

Peringatannya untuk orang ramai, jika berlaku perkara yang sama sepertinya itu, korang boleh menelefon pihak DBKL untuk tow kereta itu.

Nasihatnya

Kalau ada niat nak double park edisi kereta manual:

1. Jangan tarik handbrake.

2. Tak dpt buat no.1, tinggalkan phone number

3. Tak dpt buat no.1 dan no.2, jgn ada niat langsung.

Untuk kereta auto;

Double Park at:-

Gear N + tak tarik handbrake = boleh lagi org tolak alih kereta

Gear N + tarik handrake = Gear P + tak tarik or tarik handbreak = dapat gift.

Jadilah insan yang sentiasa memikirkan tentang kebajikan oran lain sama.

Sumber: Twitter Syafiq

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)