Kadang-kala ada sesuatu perkara yang dilakukan oleh orang lain tidak terduga oleh akal fikiran kita. Bukan sahaja berlawanan dengan nilai dan norma masyarakat, tetapi perlakuan itu tidak boleh diterima jika difikir secara waras.
Seperti perkongsian oleh seorang individu @mizannorman yang terpaksa berdepan dengan perangai segelintir pelanggan yang pengotor. Manakan tidak, selalu baju yang ditinggalkan di ‘fitting room’ tetapi kali ini ia didatangkan bersama pakej tahi pelanggan.
Menerusi posting yang dimuat naik, dia menyedari kejadian tersebut apabila terdapat pelanggan lain yang keluar dan bertanyakan mengenai bau yang terdapat di dalam bilik persalinan perempuan.
Setelah diperiksa, bau busuk tersebut rupanya datang daripada satu bilik yang dijadikan tempat melepas hajat oleh pelanggan. Siap tutup pakai ‘room tag’ lagi, mungkin agaknya untuk mengaburi hajat yang dilaburkan.
Posting yang tular itu turut mendapat perhatian netizen yang turut menceritakan pengalaman mereka berdepan dengan perangai pelanggan yang seakan sama.
Bukan sahaja buang air kecil dan besar tetapi ada yang tinggalkan kesan ‘period’ juga. Fuhh, memang geli! Bertabahlah semua pekerja yang terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan.
Sumber : @mizannorman