Siakap Keli

Pernah Terfikir Roti ”Expired” Tu Dihantar Ke Mana? Rupanya Ia Digunakan Kembali, Ini Yang Mereka Buat

Sepertimana yang kita ketahui, roti adalah sejenis makanan yang tergolong dalam makanan ruji diperbuat daripada campuran doh tepung dan air.

Kebanyakan roti yang terdapat di rumah-rumah kita ini perlu digunakan dengan cepat. Ini kerana, lazimnya roti-roti ini tidak bertahan lama dan memiliki tarikh luput yang agak pendek.

Secara lazimnya, jika anda perasan, pada setiap pagi akan ada sebuah lori daripada syarikat roti yang akan pergi ke kedai-kedai runcit untuk memeriksa tarikh roti-roti ini.

Selain daripada menambah stok roti pada kedai tersebut, roti-roti yang telah mencapai tarikh luputnya ini juga akan diambil untuk dibawa ke tempat lain.

Persoalaannya kini, kemanakah roti-roti tersebut akan dibawa selepas mencapai tempoh tarikh luputnya?

Untuk pengetahuan anda, di Filipina, roti-roti yang sudah mencapai tarikh luput ini akan dibawa ke sebuah kilang yang terletak di wilayah Bulacan.

Kilang tersebut dipercayai dipenuhi dengan roti-roti yang telah rosak serta tamat tarikh luputnya. Para pekerja akan membuka plastik roti tersebut lalu mengumpulkannya di satu tempat.

Gambar: ABS CBN NEWS

Roti tersebut kemudiannya akan dijual kepada pengusaha-pengusaha ternakan ikan untuk dijadikan makanan ikan dengan harga serendah 10 Peso bagi sekilo.

Menurut pengusaha ternakan ikan, roti yang sudah mencapai tarikh luput ini lebih baik daripada makanan-makanan ikan yang terdapat di pasaran.

Ini kerana, makanan-makanan ikan yang terdapat di pasaran didakwa mengandungi kimia serta mempunyai rasa yang lebih lazat berbanding makanan ikan yang biasa.

Sumber: ABS-CBN NEWS/alamy

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.