Siakap Keli
Foto: Facebook

Sifat Rendah Diri Guru Besar Sekolah ‘Turun’ Padang Dapat Pujian Ramai

Tular gambar seorang guru sedang melakukan pembersihan dan mengecat semula di kawasan sekolah yang masih dalam fasa cuti sekolah. Namun, ramai yang tidak tahu, orang yang bekerja itu salah seorangnya adlaah guru besar sekolah tersebut.

Satu perkongsian daripada Firdauz Abdullah mengenai dirinya yang sedang menjalankan sesi pembersihan di kawasan sekolah itu bertembung dengan seseorang yang sedang mencari guru besar. Ini jawapannya tatkala ditanyakan oleh orang itu.

Disuatu hari yang indah,

“Maaf encik, pejabat dimana?”

“Oh, di tingkat atas tu, sebelah blok ni sahaja”

“Ok ok terima kasih, eh! Guru Besar ada?”

Alamak, dilema sungguh nak mengaku ni… Minggu ni memang aku mengemas dan membersihkan sekolah je kerjanya. Tak pakai baju kerja, hanya pakai pakaian lama.

“Ada kot, tapi dia tak selalu duduk dalam tu”

Aku diam sahajalah.. Dan teruskan mengecat. Segan pun ada.

*Nota kaki: sampai ke sudah dia tak cari aku balik hehehe

Rata-rata orang ramai memuji tindakan guru besar ini yang sangat merendah diri dan berkongsi juga pengalaman pengetua sekolah masing-masing.

Tuan pengetua saya pun macam tu…

Cikgu memang hebat, arwah abah juga Guru Besar setiap kalik cuti sekolah mesti dia mesin rumput di padang

Pengetua tengah tanam bunga

 

Sumber: Firdauz Abdullah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)