Siakap Keli
Gambar: Mediacorp

‘Umpan’ Barangan K-Pop Untuk Puaskan Nafsu, Abang Tergamak Nodai Adik Kandung

Seorang remaja berusia 18 tahun di Singapura mengaku bersalah di mahkamah atas perbuatannya mencabul adik kandung yang baru berusia 12 tahun.

Perbuatan terkutuk remaja berkenaan dikatakan telah bermula pada bulan Januari tahun ini dan berulang sehingga April.

Insiden pertama berlaku ketika adik perempuan itu ke bilik abangnya untuk bertanyakan soal kerja sekolah. Pada ketika itu, remaja berkenaan mencabul adiknya dengan hanya memakai seluar pendek sebelum mangsa lari keluar bilik.

Kejadian seterusnya berlaku pada bulan Februari ketika keluarga mereka telah berpindah ke rumah yang baru. Disebabkan itu, mereka berdua terpaksa berkongsi bilik tidur.

Menurut laporan media tempatan, remaja berkenaan telah mencabul adik perempuannya itu di atas katil tempat mereka tidur bersama.

Gambar sekadar hiasan

Dia juga telah ‘mengumpan’ adiknya untuk membelikan barangan merchandise kumpulan K-pop asalkan dia melakukan perkara yang diingininya.

Gadis berkenaan menolak permintaan abangnya dan telah membuat laporan polis pada 24 April yang lalu. Remaja berusia 18 tahun berkenaan telah ditahan pihak polis dan mengaku kesalahannya mencabul kehormatan adik kandungnya sendiri.

Sumber: CNA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.