Siakap Keli

(Video) ”Jangan Pusing-Pusing, Aku Nak Makan Nasi Sat..” Seram, ‘Benda’ Datang Teman

Bercakap mengenai kejadian mistik atau gangguan misteri, pasti ada di antara kita yang pernah mengalaminya. Walau tidak diperlihatkan secara terus dengan mata kasar tetapi kejadian yang sering diceritakan seperti meja dan kerusi yang digoncang dengan kuat, sudah cukup mendebarkan.

Itu yang berlaku kepada seorang pengguna Twitter @HellmyAnwar yang berkongsi kejadian seram apabila terdapat ‘benda’ yang datang menemaninya ketika makan seorang diri.

Menerusi video berkenaan, kerusi kosong yang berada di hadapannya ketika itu dilihat berputar-putar secara perlahan sebelum bergerak semakin laju. Apa yang lebih mendebarkan, apabila dia meminta ‘benda’ itu supaya tidak menganggunya, kerusi tersebut berhenti daripada berpusing.

”Sabar sat.. nak makan nasi..”

Video itu menjadi tular di laman Twitter dan mendapat lebih dari 200 ribu tontonan warganet dalam tempoh sehari dimuat naik.

Ada yang turut kagum akan keberanian lelaki tersebut merakamkan situasi itu dengan tenang serta cuba berkomunikasi dengan makhluk berkenaan walaupun dalam keadaan takut.

Mungkin dia lapar nak makan sekali

Perut lagi penting dari perasaan takut

Korang yang tak pernah kena jangan gelak

Sumber : @HellmyAnwar

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra