Siakap Keli
Gambar: Daily Motion

(Video)”Polis Tu Nak Bukak Laluan”, Video Ambulans Dikatakan Beri Laluan Pada ‘Escort’ Dikritik

Memberi laluan kepada ambulans dan juga ‘escort’ merupakan perkara yang perlu dilakukan oleh semua pengguna jalan raya.

Pun begitu, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah ambulans dipercayai terpaksa memberi laluan kepada ‘escort’ yang sedang melalui jalan yang sama.

Namun, pada waktu itu juga terdapat ambulans yang dikatakan berada dalam mode kecemasan dan terpaksa bergerak ke tepi bagi memberi laluan kepada kumpulan escort berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian, dilihat tiga buah kenderaan rasmi diiringi pihak berkuasa bermotorsikal melalui laluan yang agak sesak itu.

Apa yang dipertikaikan oleh orang ramai adalah keutamaan ambulans tersebut yang dipercayai dalam kecemasan.

Walau bagaimanapun, ada juga warganet yang bersangka baik bahawa ambulans berkenaan mudah bergerak dengan mengikuti belakang iringan tersebut.

Sumber: Dailymotion

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra