Siakap Keli

“Saya Down La Dah 18 Kali Loan Saya Kena Reject,” Ini Tiga Benda Kena Ambil Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi mereka yang plan nak buat pinjaman tapi asyik tak lepas je sebab tak lulus yang itulah tak lulus yang inilah. Ini 3 perkara wajib yang anda perlu tahu sebelum nak buat pinjaman.

Untuk membuat pinjaman anda harus memenuhi syarat dan kelayakan bank. Menerusi perkongsian Afiq Sham di akaun Twitternya, beliau mengkongsikan perkara yang harus anda ambil kira kalau nak apply loan.

” Saya down la abam Fahri dah 18 kali loan saya kena reject”

Ini 3 benda major yang anda semua perlu faham sebelum nak buat pinjaman agar pinjaman tidak ditolak.

1. Income

– Ada pengiraan kira berapa kelayakan loan yang korang boleh amik based on gaji. Normally banker akan refer DSR. DSR ni senang cerita percentage loan yang korang boleh amik daripada income. Contoh gaji 4000, ada komitmen semasa 2000 jadi DSR hang 50%

Formula nak kira DSR kalau nak beli rumah : Commitment lama + Commitment baru / net income x 100 Commitment lama tu yang setiap bulan korang kena bayar dekat bank contoh kereta + ptptn. Commitment baru tu bayaran bulanan rumah yang korang nak beli tu. Kena agak2 la.

Setiap bank lain dia punya pengiraan DSR mengikut tangga gaji. Contoh bank rimau gaji bawah 3500, DSR max 50% atas RM3500 70% bank biru gaji bawah 2.5k DSR max 55%, 2.5k-3k 60% max.

2. Ccris

Ccris ni record bayaran balik loan dengan bank yang kita ambik dan tak lupa ptptn. Macam kita la nak bagi member pinjam duit. Kalau member ada track record hutang tak bayar kita pun mesti berat hati nak bagi pinjam kan. Macam tu lah jugak bank.

3. Scoring

Scoring ni maksudnya point yang menampakkan hang ni pembayar loan yang baik.

Antara faktor yang effect scoring adalah Ccris, Kerja contract/permanent,  tempoh kerja, ada record dengan bank yang kita apply, saving personal/TH/ASB, ada ambil loan tahun sama, umur, unsecured loan (personal loan), legal record, loan utilization

Kadang-kadang kita dah lepas part DSR tapi tak lepas CCRIS. Dah lepas 2 benda tu tak lepas scoring. Bila dah tahu ni korang boleh structure korang punya financial, plan bila nak amik loan, loan amount.

Sumber: Afiq Sham Property Advocate

Zetty Amelia

Nur Farra