Siakap Keli

(Video) Ibu Ayah Tumpah Air Mata Bangga, Jadi Saksi Anak Soleh Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Ibu bapa mana yang tidak mengalirkan air mata dikala melihat kejayaan anak-anak. Merekalah orang pertama yang tersenyum bangga apabila anak yang dibesarkan berjaya menjulang kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Gugur air mata syukur daripada ibu bapa apabila melihat anak yang dibesarkan berjaya menghafal 30 juzuk dihadapan mereka sendiri.

Video ini memaparkan satu majlis yang dihadiri oleh ibu bapa untuk menyaksikan anak-anak mereka menghabiskan bacaan dengan menghafal 30 juzuk dalam al-Quran ini.

Rata-rata kesemua ibu bapa yang hadir ke majlis ini dilihat mengalirkan mata kegembiraan apabila anak yang dibesarkan berjaya menjadi seorang tahfiz.

Diiringi doa dan restu kedua ibu bapa mereka, mereka kelihatan sangat bersyukur kerana berjaya menghafal 30 juzuk di dalam al-Quran.

Kesemua ibu bapa yang hadir kelihatan begitu bangga dengan pencapaian anak yang dibesarkan telah mencapai satu kejayaan yang sangat bermakna dalam kehidupan mereka.

Sesungguhnya kejayaan ini adalah impian bagi setiap ibu bapa yang dikurniakan cahaya mata. Namun tidak semua ibu bapa memiliki anak yang berjaya menjadi seorang tahfiz.

Hal ini kerana anak-anak merupakan anugerah yang cukup berharga untuk dibimbingi. Hanya ibu bapa yang terpilih sahaja akan dikurniakan anak seperti ini.

Pastinya air mata yang gugur dari kelopak mata setiap ibu bapa ini merupakan air mata bangga melihat kejayaan anak-anak.

Video ini pastinya akan memberi kesan kepada seluruh masyarakat yang menontonnya.

Sumber: Muhd Naufal Nazmi

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.