Siakap Keli

Karyanya Pernah Digilai Kanak-Kanak Dahulu, Pencipta Animasi Keluang Man Meninggal Dunia

Bila bercakap tentang animasi di negara kita, pasti ramai di antara kita yang pernah dengar mahupun menonton animasi kartun Keluang Man serta Usop Sontorian.

Animasi yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak kita suatu ketika dahulu pastinya masih tersemat di benak fikiran kita sehingga kini.

Sungguhpun begitu, pada hari ini kita telah menerima berita sedih dimana orang kuat di sebalik animasi Keluang Man serta Usop Sontorian ini telah pergi menghadap Sang Pencipta.

Allahyarham Kamaruddin Ismail yang menghembuskan nafas pada usia 63 tahun semalam merupakan pencipta dan penerbit animasi Keluang Man.

Allahyarham juga merupakan merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada 90an melalui penerbitan animasi Usop Sontorian.

Pemenang anugerah Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia 2018 itu telah menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengalami serangan jantung.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Terima kasih kerana pernah menceriakan zaman kanak-kanak kami.

Sumber: Keluang Man

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.