Siakap Keli
Kredit Foto: SCMP

Petani Rugi Ratusan Ribu, Jiran ‘Bawa Mulut’ Kononya Mahu Agih Lobak Percuma Satu Ladang

Tiga petani daripada China terkejut setelah memberikan sedikit hasil tanaman mereka secara percuma kepada beberapa jiran tetanggannya telah menyebabkan mereka mengalamai kerugian mencecah hampir 300,000 yuan (RM 177,349).

Dalam beberapa jam, beribu-ribu orang telah datang berkunjung ke ladang yang dianggarkan hampir 500 tan tanaman yang telah membuahkan hasil menurut laporan daripada Metropolis Daily.

Menurut Xu Jiuge salah seorang petani tersebut juga tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku.

Menurutnya lagi, mereka memberikan tanaman tersebut kepada jiran tetangganya sahaja. Jadi mereka tidak keberatan jika tanaman tersebut diberikan secara percuma kepada mereka.

”Penduduk kampung kata lobak yang kami tanam sedap dimakan dan bertanya sama ada kami dapat memberikan sedikit kepada mereka.

”Memandangkan kami semua hidup berjiran, saya fikir tak apalah kalau mereka mahu ambil sedikit. Cuma saya tak sangka, macam mana boleh muncul dan tersebar khabar angin bahawa semua lobak di ladang kami hendak diagihkan secara percuma,” kata Xu.

Kredit Foto: sg.news

Pada keesokan harinya, begitu banyak kenderaan yang datang ke ladang tersebut untuk mendapatkan tanaman itu.

Kebanyakan mereka datang ke ladang itu seawal jam 7 pagi sehingga 10 malam.

Xu yang terkejut dengan kejadian tersebut terpaksa menelefon pihak polis untuk membantu mengatasi masalah tersebut namun ianya sukar dikawal kerana terlalu ramai orang yang datang.

Ramai diantara mereka yang datang ke sana dengan mengambil tanaman tersebut serta mengambil gambar dan mengajak orang lain untuk turut serta mendapatkannya secara percuma.

Oleh kerana tiada pilihan untuk menghentikan perkara berkenaan, Xu dan kawan-kawannya menganggap kejadian tersebuat adalah satu amal walaupun mereka mengalami kerugian yang agak besar.

Mereka bercadang untuk menanam tanaman gandum bagi tanam yang telah kosong itu.

Sumber: SCMP

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.