Kredit: KidsNews/TheSpinOff.co.nz

(Video) Letusan Gunung Berapi Di New Zealand, Seorang Rakyat Malaysia Disahkan Maut

Weelington, New Zealand – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut dalam kejadian letusan gunung berapi di White Island yang berlaku semalam.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand telah mengesahkan hal ini di laman Twitter mereka pagi tadi setelah dihubungi pihak berkuasa negara itu.

Walaubagaimanapun, maklumat lanjut mengenai mangaa masih belum dikenalpasti.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang mana-mana rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan terjejas untuk menghubungi pihak berkenaan.

Orang ramai boleh menghubungi Pesuruhjaya Tinggi melalui talian +64-43852439 / +64-210440188 (selepas waktu bekerja) atau emelkan kepada [email protected]

Semalam, sebuah gunung berapi paling aktif di New Zealand, White Island yang terkenal sebagai kawasan pelancongan telah meletus secara tiba-tiba, mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang manakala jumlah sebenar masih dalam siasatan.

Beberapa minit sebelum letusan, para pelancong dapat dilihat berjalan di sekitar lokasi berkenaan. Menurut laporan, beberapa pelancong yang tidak sempat meninggalkan lokasi berkenaan mengalami luka lecur yang serius.

Sementara itu, para pelancong yang sempat merakam tragedi berkenaan telah berkongsi detik genting menghadapi malapetaka tersebut berlaku.

Sumber: Awani, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen