Siakap Keli
Kredit: Azfar Badrul

(Video) OKU Menangis Terharu & Cium Duit Berkali-Kali, Jualan Laku Diborong Habis

Di saat orang yang diberi kesihatan, lengkap tubuh badan mengeluh dan malas bekerja, ada antara mereka di luar sana yang gigih berusaha untuk sesuap nasi menggunakan segala keupayaan yang ada.

Baru-baru ini, seorang vlogger, Azfar Badrul telah mendekati seorang lelaki kelainan upaya (OKU) yang dikatakan sering menjual makanan di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang sambil ditemani anak saudaranya.

Marzuki, 49 yang menaiki kerusi roda dilihat ditolak oleh anak saudaranya, Danial Jauhari sebelum dihampiri Azfar.

Kami bukan peminta sedekah

Kehadiran Azfar yang ingin memberi wang yang banyak membuatkan kedua-dua mereka silap faham pada awalnya. Namun setelah menjelaskan tujuan asal untuk membeli semua barang jualan berkenaan, mereka akhirnya menerima tawaran tersebut.

Selalu bantu paksu

Menurut Danial, dia selalu membantu bapa saudaranya itu untuk berniaga setiap Khamis sehingga ahad di kompleks berkenaan. Mereka menjual makanan pada harga yang cukup murah iaitu pada RM1 untuk air kotak dan RM1 hingga RM2 untuk makanan ringan.

Mereka mula berniaga sekitar pukul 5.30 petang sehingga habis.

Borong semua barang jualan

Setelah mendapat persetujuan dari kedua-dua insan hebat itu, Azfar memborong kesemua barang jualan mereka pada hari itu yang kesemuanya bernilai RM59.

Mereka kemudiannya mengedarkan semua barang jualan kepada orang awam yang berada di lokasi berkenaan.

Menangis berpelukan

Selesai mengagih barang jualan kepada orang ramai yang lalu lalang, akhirnya tibalah masa untuk berpisah. Azfar menyerahkan RM 300  kepada mereka berdua, membuatkan kedua beranak itu berpelukan dan menangis terharu.

Moga mereka dimurahkan rezeki

Perkongsian tersebut membuatkan warga maya tersentuh dan bermuhasabah mengenangkan kehidupan masing-masing.

Mereka juga mendoakan agar Pakcik Marzuki dan Danial sentiasa dimurahkan rezeki.

Bukan dugaan pada mereka saja tapi dugaan untuk kita juga

Walaupun kurang upaya tapi dia tidak meminta sedekah

Nikmat apa lagi yang dinafikan

InsyaAllah adik ni berjaya dunia dan akhirat

Muda-muda dah bertanggungjawab

Sumber: Azfar Badrul

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.