Siakap Keli
Gambar: Azrail Bin Khaidzir

(Video)Malaysia Sekali Lagi Dinafikan Pingat Emas Oleh Penganjur, Kali Ini Dalam Acara Lari Berpagar

Sukan SEA 2019 yang dilangsungkan di Filipina terus dilanda kontroversi melibatkan kontinjen Malaysia dengan banyak keputusan yang didakwa berat sebelah terus hebat diperkatakan.

Terbaru, atlet 110 meter (m) lari berpagar negara, Rayzam Syah Wan Sofian yang turun selaku pilihan utama acara tersebut kecewa selepas gagal mempertahankan pingat emas yang dimenanginya itu pada temasya lepas di Kuala Lumpur.

Pelari tuan rumah, Clinton Kingsley Bautista, seperti yang dijangka telah memberikan saingan yang sengit terhadap atlet kelahiran Sabah itu sehinggakan keputusan daripada acara tersebut terpaksa ditentukan menerusi photo finish.

Walaupun keputusan photo finish itu didakwa lebih memihak kepada pelari negara, namun juri yang menentukan keputusan tersebut telah memberikan kemenangan kepada pelari tuan rumah.

Berikut adalah gambar photo finish yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.

Gambar: Azrail Bin Khaidzir

Susulan daripada itu, Rayzam terpaksa akur dengan pingat perak selepas gambar photo finish menunjukkan ia sedikit terkebelakang dengan perbezaan masa sebanyak 0.005 saat sahaja.

Sementara itu, Pegawai olahraga kontinjen negara juga mendakwa bahawa penganjur telah menolak permintaan pasukan negara untuk memberikan bukti gambar berwarna daripada sudut kiri dan kanan garisan penamat.

Selain daripada itu, pihak penganjur juga didakwa tidak mahu melayan permintaan Malaysia untuk menonton rakaman video perlumbaan semula.

Dalam masa yang sama, Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC) juga didakwa tidak berlaku adil kerana tidak menangguhkan upacara kalungan pingat semasa Malaysia sedang membuat bantahan.

Malaysia dilaporkan bakal mengemukakan kes tersebut kepada panel arbitrasi Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk mendapatkan pengadilan.

Sumber: Azrail Bin Khaidzir/Stadium Astro/mikeazrail

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.