Siakap Keli

Budak Calarkan 10 Buah Kereta Audi, Penjaga Dituntut Ganti Rugi Lebih RM100 Ribu

Satu pasangan ibu bapa terpaksa menanggung kerugian apabila anak mereka yang berumur tiga tahun telah mencalarkan beberapa kereta jenis Audi di Guilin China. Kejadian yang berlaku pada 24 November lalu melibatkan 10 buah kereta Audi yang diletakkan di dalam bilik pameran.

Lebih teruk, salah sebuah kereta yang telah dicalarkan oleh kanak-kanak berusia tiga tahun itu adalah  keluaran terbaru Audi Q8 yang dijadualkan dipasarkan pada tahun 2020. Ekoran kerosakan kecil itu, pihak pengedar kereta mewah itu telah menuntut sekitar RM118,331 daripada pasangan ibu bapa itu sebagai ganti rugi.

Menurut laporan media tempatan, pasangan ibu bapa itu kelihatan tidak bersetuju dengan nilai pampasan yang perlu dibayar. Menurut pengedar peniaga berkenaan, kenderaan yang rosak seperti itu tidak boleh lagi dipasarkan sebagai kereta baru walaupun telah dicat bagi menutup kesan calar. Disebabkan itu, kereta itu hanya boleh dijual pada harga yang lebih rendah.

Lanjutan, kedua-dua pihak telah membawa kes berkenaan ke mahkamah bagi mendapatkan keadilan. Pada 3 Disember lalu, kedua-dua pihak telah mendapat kata putus apabila pasangan itu hanya perlu membayar sebanyak RM41,415 kepada pihak pengedar.

Mahkamah juga turut menasihati pasangan itu supaya sentiasa mengawasi anak mereka supaya kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

Sumber: Asia One

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra