Siakap Keli

Pernah Jadi ‘Homestay’ Diraja, Pura Tanjung Sabtu Warisan Dibiar Usang

Setiap negeri di Malaysia mempunyai pelbagai keunikan dan kehebatan termasuk negeri Terengganu yang sememangnya dilengkapi dengan budaya dan reka bentuk warisannya.

Dalam dunia modenisasi hari ini, warisan seni bina tradisional telah banyak diroboh dan diubah suai serta digantikan dengan bangunan yang lebih moden.

Namun masih ada lagi beberapa seni bina tradisional di Terengganu yang masih lagi kekal berdiri dengan kukuh dan utuh iaitu Pura Tanjung Sabtu yang terletak di Manir.

Menerusi kiriman Aifaa Redzuan di Twitter, Pura Tanjung Sabtu pernah menjadi ‘Royal Homestay’ pada pertengahan tahun 90-an.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Tempat yang dipanggil Tujuh Rumah Putera itu juga berusia antara 100 hingga 200 tahun dan mungkin menyimpan pelbagai sejarah yang berkait dengan susur galur diraja Terengganu.

Rumah warisan yang kini telah terbiar itu dipercayai milik ‘Putera Songket’ iaitu Tengku Ismail Tengku Su yang telah meninggal dunia pada tahun 2011 di London.

Ada sesetengah netizen yang berkongsi pengalaman mereka pergi ke rumah warisan itu dan berharap agar rumah itu terus dipelihara dengan baik.

Sumber: Aifaa Redzuan

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra