Siakap Keli

Sayu, Ibu Kucing Belek Tiga Ekor Anak Dipercayai Dilempar Dari Tingkat 9

Haiwan peliharaan seperti kucing seringkali menjadi peneman kesayangan bagi kebanyakan orang. Ditambah pula jika ia dijaga sejak lahir, perasaan kasih sayang terhadap kucing umpama seperti keluarga sendiri.

Jadi apabila melihat haiwan tersebut mati pastinya menimbulkan rasa sebak di dalam hati. Ditambah dengan kematian tragis atas perbuatan manusia, ianya pasti meruntun hati pencinta haiwan yang melihatnya.

Menerusi satu kisah yang dikongsikan di Facebook D’Cat D’Hati, nasib malang menimpa tiga ekor kucing yang dipercayai dilempar daripada tingkat sembilan sebuah bangunan. Tiga ekor haiwan itu dikatakan telah mati akibat dilempar dengan satu sangkar yang berwarna merah jambu.

2 ekor terkuar dari lubang sangkar yg pecah mengeletek dan mati. Sekor lagi mengerang kesakitan dan mati selang beberapa minit kemudian.

Tambah perkongsian itu, pemilik bagi kucing-kucing itu tidak berada di rumah ketika kejadian tersebut berlaku. Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan kucing itu dilihat sebagai perbuatan yang sangat kejam.

Berdasarkan beberapa gambar, dipercayai ibu kepada kucing-kucing tersebut turut mengelilingi anaknya sambil membelek-belek tiga ekor kucing yang telah tertiarap mati itu.

Lagi sayu bila lihat ibu kucing sedang belek2 mayat anak2nya…

Sumber: D’Cat D’Hati

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra