Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Father Of The Year”, Cara Si Ayah Ini Bergurau Dengan Anaknya Buat Ramai Netizen Teringat Ayah Sendiri

Nurul Alia Ali

Kebiasaannya, dalam institusi keluarga, seorang bapa jarang meluangkan masa bersama anaknya.

Hal ini kerana kesibukan bapa dalam mencari rezeki untuk menyara keluarga. Kadang-kadang, anak kecik lebih rapat dengan ibu berbanding bapanya.

Namun, dalam era atau zaman yang serba moden dan canggih ini, peranan bapa bukan sekadar menyediakan keperluan dari segi makanan, pakaian, dan kewangan tapi juga dari segi perhatian dan kasih sayang.

Sealian itu, bapa turut bertanggungjawab untuk mengekalkan interaksi bersama anak-anak mereka.

Baru-baru ini tular sebuah video di Twitter dimana seorang bapa dan anaknya dilihat sedang menonton kartun Tom & Jerry dan bapa itu kemudiannnya berpura-pura mengenakan Tom yang berada di dalam kaca TV.

Anaknya kelihatan sangat terhibur dengan aksi bapanya itu, malah bapanya turut tersenyum lebar melihat telatah anaknya yang terhibur.

Video yang meraih lebih dari 7 juta tontonan itu telah mendapat pujian dari warganet tentang kesungguhan bapanya berlatih babak-babak yang terdapat dalam kartun tersebut.

Sumber : Twitter