Siakap Keli

(Video) “Otaknya ‘Kosong’…”, Macam Hilang Ingatan, Ketakutan Lelaki Uyghur Ini Dipercayai Mangsa Kem Tahanan China Undang Hiba

Sayu hati apabila melihat seorang lelaki yang dipercayai baru sahaja dibebaskan dari tahanan di sebuah kem di EastTurkestan seperti bayi yang baru mengenali dunia.

Dia seolah-olah tidak tahu apa-apa ketika itu termasuk tidak mengenali ahli keluarganya sendiri.

Satu video yang dimuat naik di laman twitter @doamuslims berdurasi 49 saat telah memaparkan keadaan sebenar lelaki berkenaan ketika berjumpa dengan keluarganya setelah dibebaskan dari tahanan.

Menurut video tersebut, lelaki berkenaan kelihatan perlu dipimpin untuk berjalan dan dia seperti takut untuk berdepan dengan orang ramai.

Namun, beberapa orang yang berkemungkinan ahli keluarga lelaki berkenaan dilihat banyak membantunya.

Terdapat seorang wanita yang tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata melihat perubahan yang berlaku ke atas lelaki berkenaan.

Hasil daripada ujian makmal yang dilakukan keatas lelaki berkenaan, pemilik akaun twitter tersebut mendakwa terdapat ubat beracun yang telah ditemui dalam darahnya.

 

https://platform.twitter.com/widgets.js

Sumber: @doamuslims

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.