Siakap Keli

Sempat Usap Darah Ke Muka Mangsa, Lelaki Diburu Tikam Isteri Tengah ‘Shopping’ Di Pasar

Ikatan perkahwinan sememangnya mempunyai pelbagai cabaran yang terkadang boleh menguji kesabaran seseorang sehingga ada yang sanggup melakukan perkara melampui batas.

Keadaan ini sama dengan kejadian yang berlaku di Indonesia apabila seorang lelaki dipercayai telah menikam isterinya di sebuah pasar.

Kejadian yang berlaku di Sumatera Selatan itu menyaksikan tindakan seorang suami menikam isterinya secara tiba-tiba dengan disaksikan oleh orang ramai yang turut berada di situ.

Mereka yang melihat kejadian itu tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana tidak berani dan takut diserang oleh lelaki tersebut.

Seorang saksi memberitahu usai selesai membunuh, lelaki itu sempat mengusapkan darah ke wajah mangsa dan terus berlalu pergi dari tempat kejadian.

Berdasarkan keterangan penduduk sekitar, kejadian bermula sewaktu mangsa ingin pulang dari pasar bersama seorang rakannya namun suaminya tiba-tiba datang dan menikamnya.

Pihak polis masih mencari suspek dengan melakukan siasatan di beberapa lokasi yang mungkin menjadi tempat persembunyiannya.

Akibat serangan ‘brutal’ itu, mangsa mengalami lapan luka akibat daripada tusukan yang menyebabkannya meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital.

Penduduk setempat juga berkata bahawa suspek tidak pernah bergaul dengan orang sekeliling dan mungkin mengalami masalah mental.

Mangsa meninggalkan dua orang anak yang masih lagi bersekolah.

Sumber: Sosok

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra