Siakap Keli
Foto: BBC

(Video) 20 Tahun Tak Sambut Krismas, Air Mata Warga Emas Ini Mengalir Bila Pelajar Muslim Datang Buat Kejutan

Setiap kali perayaan semestinya kita akan menyambut dalam suasana yang gembira bersama sanak-saudara. Pastinya akan sedih berduka jika seseorang itu tidak mempunyai keluarga ataupun hidup keseorangan.

Seperti video yang tular di media sosial, mengisahkan tentang seorang warga emas dikatakan sudah 20 tahun tidak menyambut Hari Natal menjentik hati kecil.

Tindakan sekumpulan remaja muslim dari Oldham College mendapat pujian seluruh rakyat di England apabila memberi kejutan kepada warga emas ini dengan membawa pokok Krismas dan carol.

Terrence yang berusia 78 tahun ini menghabiskan masa selama 20 tahun dengan kesedihan bersama rakannya yang mempunyai masalah demensia.

Sepanjang temubual bersama Walker, warga emas ini ada mengatakan bahawa dia tidak pernah ada pokok Krismas sepanjang perayaan itu berlangsung. Bahkan, dia akan satu bungkusan di dalamnya mempunyai bantal untuk diberikan kepada ibunya.

Bahkan warga emas ini merana keseorangan menderita kemurungan.

Selepas cerita tersebut, Walker mengambil inisiatif untuk memberi kejutan kepada warga emas ini bersama sekumpulan pelajar muslim di sana.

Hello Terrence, ini ada kejutan untuk kamu!

Mereka membawa pokok Krismas dan menghiasnya untuk Terrence. Suasana menjadi hiba dan ramai yang tersentuh melihat keikhlasan hati mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=4ZD0qHmkPto

Difahamkan melalui video ini, apabila dia terlihat sekumpulan pelajar ini membawa masuk pokok Krismas, dia terharu sehingga menitiskan air mata kegembiraan dan rasa bersyukur.

Walaupun lain agama, tetapi untuk gembirakan hati orang lain tidak salah.

 

Sumber: Independent

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)