Siakap Keli

Viral Motor Melambung Atas Jalan, Jadi Mangsa Kereta Didakwa Duduk Lane Salah & Langgar Lampu Isyarat

Satu video rakaman dashcam yang tersebar di Internet memaparkan kejadian kemalangan di antara sebuah kereta dan motorsikal telah menjadi tular di media sosial.

Kemalangan yang dipercayai terjadi di Batang Benar, Mantin, Negeri Sembilan itu didakwa berpunca daripada sebuah kereta Perodua Axia yang bertindak memasuki simpang menggunakan lorong yang salah sambil melanggar lampu isyarat.

Dalam kejadian itu. kereta Perodua Axia yang datang daripada lorong yang sepatutnya digunakan untuk jalan terus sahaja bertindak secara melulu memasuki simpang ke kanan sambil melanggar lampu isyarat.

Tindakan kereta tersebut telah membuatkan seorang pemandu motorsikal yang datang daripada arah bertentangan hilang kawalan lalu melanggar kereta Perodua Axia tersebut.

Video yang berdurasi selama 14 saat itu telah mendapat lebih 50 ribu tontonan serta kira-kira 400 perkongsian daripada netizen di media sosial.

Orang ramai yang menggunakan jalan raya dinasihati supaya sentiasa patuh kepada peraturan jalan raya agar keselamatan diri serta keselamatan pengguna jalan raya yang lain terjaga.

Gambar 1:

Gambar 2:

Gambar 3:

Gambar 4:

Gambar 5:

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Aqmal Ezany

I write what is right