Siakap Keli
Gambar: Faez Lee

(Video) Dipercayai Dicungkil Makhluk Durjana, Kucing Ditemui Mata Tersembul Penuh Darah

Kejam dan zalim! Seekor kucing ditemui dalam keadaan yang menyayat hati dalam keadaan mata tersembul di sebuah lokasi dipercayai di utara tanah air.

Menurut individu yang memuat naik video kucing tersebut, Faez Lee, kucing yang tersembul matanya itu dipercayai dianiaya manusia durjana.

Dalam video berdurasi 44 saat dikongsinya, kelihatan darah memenuhi lantai di lokasi berkenaan manakala kucing tersebut mengiau kesakitan.

Hal ini menimbulkan kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan pelaku terlalu kejam dan menyerupai syaitan.

Anak syaitan mana buat ni?

Syaitan mana yang buat ni? Tak ada otak ke?

Tak ada hati perut

Terbaru, Faez memaklumkan haiwan tersebut telah selamat dihantar di sebuah pusat perlindungan haiwan di Alor Setar.

“Kucing tu dah selamat di Animal Shelter milik Mah Intan di Alor Setar.. cuma tak tau lagi keadaan dia mcm mana,” kata Faez dalam Tweetnya.

Sumber: Faez Lee

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.