Siakap Keli
Gambar: Nora Ariffin

”Saya Ampunkan Segala Dosa Anak Saya”, Akui Arwah Anak Yang Baik, Nora Pasrah Pemergian Alif

Pemergian mengejut Allahyarham Alif Johan, 20 membuatkan ramai pihak berduka. Anak kedua kepada pasangan Nora Ariffin dengan Allahyarham Johan Mohamed Nawawi ini merupakan salah seorang peserta program Mentor Millenia pada tahun ini.

Dalam salah satu persembahannya, Alif pernah menyanyikan lagu Kemarin nyanyian Seventeen yang ditujukan khusus buat arwah ayahnya.

Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya..

Ayahnya, Allahyarham Johan Mohamed Nawawi meninggal dunia pada Mac 2017 lalu dipercayai akibat serangan jantung.

Pemergian arwah Alif yang juga secara mengejut pastinya membuatkan Nora bersedih hati. Beliau berkongsi kenangan bersama arwah di laman Instagram miliknya.

Alif pergi jumpa papa..

View this post on Instagram

Alif pegi jumpa papa…. Dia tak balik dah.

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Tak pernah tinggi suara

Menurut Nora, sepanjang 20 tahun usia Alif, tidak pernah arwah meninggikan suara kepadanya. Bahkan, pemuda itu sering bertanya khabar ibu tersayangnya setiap hari.

Jenazah Allahyarham Alif Johan akan disolatkan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya selepas Zohor sebelum dikebumikan berhampiran pusara ayahnya di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara.

Sahabat dan kenalan allahyarham juga dijemput menghadiri majlis membaca Yassin dan tahlil di Masjid Kg. Tunku selepas Isyak.

Semoga Allah tempatkan mereka dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Semoga Allah tempatkan Allahyarham Alif Johan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh serta memberi kekuatan buat ahli keluarga.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُما وَارْحَمْهُما وَعَافِهِما وَاعْفُ عَنْهُما

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.

Sumber: Nora Ariffin

Amira

Love yourself.