Siakap Keli

Sempat Membaca Dan Bersolek Sebelum Ke Hospital, Ibu Tak Sedar Rupanya Anak Dah Tak Bernyawa

Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Sedangkan digigit nyamuk pun dah mengeluh keresahan inikan pula jika terluka hingga meragut nyawa.

Lain pula ceritanya dengan seorang ibu yang hanya membiarkan sahaja anak lelakinya yang berusia enam tahun dipukul oleh kekasihnya dalam kejadian pada tahun 2016.

Wanita itu sempat membaca, bersolek dan memandikan mayat anaknya sebelum mengambil keputusan untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital.

Pengakuan wanita 29 tahun itu dirakam di dalam sebuah perbicaraan pada rabu lalu.

Menurut tertuduh, dia menyangka bahawa anaknya hanya berpura-pura sakit selepas dipukul oleh teman lelakinya dengan menggunakan batang penyapu.Lelaki itu juga menggantung mangsa di belakang pintu bilik mandi dan mencampaknya ke dalam bilik.

Wanita itu hanya menyedari anaknya tidak lagi bernyawa apabila setengah jam selepas teman lelakinya pulang daripada membeli makanan.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati lebih dari 30 tulang rusuknya patah dan badannya dipenuhi dengan kesan luka, bengkak dan parut.

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.