Siakap Keli
Gambar: Mirror UK

(Video) Sayu, Detik-Detik Jerung Bergelut Lepaskan Diri Dari Sangkar Hingga Mati Undang Hiba Dunia

Sangat menyedihkan. Itulah yang boleh digambarkan menerusi satu video yang kini telah telah menjadi tontonan di seluruh dunia.

Rakaman itu memaparkan seekor ikan jerung sedang bergelut melepaskan diri daripada sangkar yang mengandungi beberapa orang penyelam di dalamnya.

Ikan jerung sememangnya dikenali sebagai haiwan pemangsa yang sangat ganas di dasar laut. Namun, jika dilihat pada rakaman detik-detik terakhir ikan jerung ini sebelum mati, pastinya boleh menyentuh perasaan orang yang menontonnya.

https://www.youtube.com/watch?v=wkUiLXJhgcw

Menerusi video berkenaan, ikan jerung itu dilihat cuba memasuki ke dalam sangkar tersebut namun gagal. Disebabkan itu, ikan jerung itu terperangkap di celah-celah sangkar.

Jerung putih itu juga terpaksa bergelut untuk melepaskan dirinya daripada sangkar tersebut. Apa yang menyayat hati adalah apabila semakin ia bergelut, semakin bertambah kesakitan terhadapnya. Darah juga dilihat terpancar keluar ketika ia berjuang melepaskan diri.

Setelah beberapa ketika, jerung ini berjaya melepaskan diri daripada sangkar tersebut. Namun, malangnya ia terus hanyut ke dasar laut dan mati akibat kecederaannya.

Kejadian seperti itu sangat luar biasa dan jarang berlaku melibatkan jerung putih. Memetik kata salah seorang daripada pihak penyelam, jerung putih yang besar biasanya tidak berperilaku agresif dan itu adalah kes pertama yang mereka alami dalam masa 16 tahun.

Sumber: Mirror UK / G2G Play

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra