Siakap Keli

Berang Kerana Pertahan Etnik Islam Uighur, Jersi Ozil Dibakar Di China Tanda Protes

Selepas beberapa hari Mesut Ozil mengkritik penindasan etnik Islam Uighur di China, pemain itu nampak sedang menjadi ‘bahan’ kemarahan dalam kalangan penyokong di negara itu. Jika sebelum ini, siaran langsung bagi perlawanan yang melibatkan Arsenal tidak ditayangkan di negara itu, kini jersi pemain sensasi itu pula dibakar.

Pada Jumaat yang lepas, pemain kelahiran Jerman itu telah memuat naik satu perkongsian mengkritik kekejaman terhadap etnik Uighur di China. Rentetan daripada itu, laman Instagram pemain Arsenal itu telah diserang dengan komen tidak berpuas hati tindakan pemain berkenaan.

Ada yang melabelkan Ozil sebagai individu yang tidak fokus dengan kerjayanya. Tambah netizen melalui komen yang diturunkan, dia (Ozil) sepatutnya sedar dengan apa yang boleh diperkatakan kepada khalayak umum.

Selain itu, penyokong juga turut mendesak agar pihak pengurusan Arsenal mengambil tindakan terhadap pemain tengah pasukan itu. Setakat ini, belum ada sebarang tindakan yang dibuat oleh pasukan itu melainkan kenyataan memohon maaf.

Sumber: Sinar Harian

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra