Siakap Keli
Gambar : Twitter

Iklan Berunsur Lucah, YWP Minta Syarikat Operator beri Surat Tunjuk Sebab

Putrajaya : Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) hari ini telah memanggil syarikat operator yang bertanggungjawab bagi pemasangan visual Sugarbook pada dua unit struktur iklan luar di bawah pengurusan YWP iaitu di Mont Kiara dan Bangsar, Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan hari ini YWP berkata pihaknya turut memberikan notis amaran serta  meminta surat tunjuk sebab kepada pihak syarikat terbabit.

Jelasnya pada 8.15 malam tadi (17 Dis), pihak YWP telah menerima aduan berkaitan pemasangan visual Sugarbook di dua lokasi tersebut dan pihaknya mengambil tindakan segera dengan menghubungi syarikat operator yang berkenaan dan mengarahkan agar pemaparan visual tersebut dihentikan dan diturunkan dengan segera.

“Pada jam 9.45 malam, berdasarkan pemeriksaan oleh YWP di lokasi-lokasi yang berkenaan, mendapati paparan visual tersebut telah dihentikan dan diturunkan sebagaimana arahan yang dikeluarkan,” katanya.

Tular di media sosial sejak malam tadi apabila netizen dikejutkan dengan iklan paparan berunsur lucah menerusi applikasi ‘SugarBook’ di dua lokasi di Kuala Lumpur.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.