Siakap Keli

“Tengah Gosok Gigi Sekali Dekat Sebelah Kaki,” Pelik Lubang Air Terbuka Sendiri Rupanya ‘Si Hitam Lima Kaki’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia terutamanya di pantai timur mengalami  dua episod hujan yang sangat lebat sejak awal Disember lagi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil kerana air yang bertakung akibat daripada hujan lebat yang berterusan bukan sahaja akan menyebabkan bencana banjir malahan akan mendatangkan pelbagai lagi kesan termasuk penyakit bawaan air serta boleh ‘menjemput’ haiwan berbisa seperti ular.

Baru-baru ini, perkongsian Izz Zafirah Aisyah di Facebook membuka mata orang ramai mengenai bahaya yang mengancam jika tidak ditutup lubang tandas atau lubang dalam bilik air yang boleh dimasuki oleh ular.

ok ramai yang tanya ular rumah kita ke? ya rumah kita..
1. Masa mula kita nampak.. pagi pukul  5 pagi kita nak buang air kecil dia dalam mangkuk tandas..sementara lari nak panggil suami dia masuk balik.. suami kata mungkin khayalan mata kita.. tapi kita yakin betul ular..kita tak buang air kat bilik air belakang fobia punya pasal

2. Suami call.. jiran sebelah jumpa ular ni dalam bilik air dia..macam biasa baru nak tangkap dia masuk dalam lubang tandas lagi.. suami kata betul apa yang saya nampak..memang ular..

3. Esok nya kita balik nak buang air kecil tandas bilik kita.. tetiba lubang air terbukak.. kita pelik kenapa boleh terbukak.. sebab anak-anak tak masuk bilik air tu..kita diam lagi.. malam kol 2 pagi kita nak buang air kita dengar bunyi lubang tertutup tapi masih tak fikir ular..

4. Pagi tu kita mandi.. tengah gosok gigi sekali kita tengok dekat sebelah kaki..jarak sejengkal kepala ular.. melompat kita..panggil suami.. call kawan..suami dia bomba.. tanya boleh call ke kalau ular tunjuk kepala je..katanya tak boleh.. sebab ular akan masuk..just suruh siram air panas..so suami siram air panas..sejak tu lubang air dlm tandas hempap dgn batu..

5. Lubang tandas dalam bilik air depan hembab batu.. mangkuk tandas penutup ttp hempap dgn baldi air.. tandas dapur pulak lubang air hempap dgn baldi mop.. dan lubang tandas dengan botol berisi air.. 2liter..

6. Seminggu berlalu dan nak jadikan cerita malam tadi suami g mengaji dia tak hempapkan botol air..dia biarkan sahaja.. saya dan 2 anak tido kat bilik depan..bila dia balik nak masuk tandas skali ular ada atas pelapik tandas.. seperti di gambar..ular tu nampak suami tu yg lg aktif..turun ke lantai..

7. Saya kol jpam.. sementara kol.dan tunggu jpam sampai ..ular dah keluar dari tandas dah ke dapur.. dan akhirnya.. dapat tangkap.. pangjang dlm 5 kaki.. tapi keadaan agak kurus.. dan memang dia tengah lapar..

Ok nak tinggalkan pesanan utk semua.. pesanan daripada jpam
1. Tutup semua lubang tandas atau lubang air dalam.bilik air (kalau boleh hempap benda berat)
2. Sebelum guna tandas pam dulu.. bru bukak pelapik tandas..
3. Lepas guna tutup dan hempap dengan benda berat..
4. Pintu bilik air jangan terbukak tutup la supaya jika berlaku..dia dalam bilik air .. nasib ni ular sawa..kalau ular berbisa.. so sama2 kita berhati2..tq jpam.

Kebanyakan netizen memberikan reaksi terkejut dan berharap orang disekeliling mereka juga sentiasa menjaga keselamatan di rumah daripada dimasuki oleh ular.

Sumber: Izz Zafirah Aisyah 

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra