Siakap Keli

Tinggalkan Duit Tepi Jalan Pun Takde Siapa Ambil, Negara Ini Bebas Pencuri Sejak 1996

Eibenthal merupakan sebuah perkampungan indah yang terletak di pergunungan Banatului di barat Romania. Tempat itu kebanyakannya dihuni oleh etnik Czechs namun apa yang menarik perhatian ia menjadi satu-satunya perkampungan yang dipenuhi dengan komuniti bebas daripada masalah kecurian.

Menariknya, tiada satu pun balai polis yang kelihatan di perkampungan ini dan mereka tidak memerlukannya.

Penduduk di kawasan ini dikenali dengan sikap yang tenang dan menghormati di antara satu sama lain. Kadar jenayah juga adalah sangat rendah berbanding dengan purata kebangsaan.

Reputasi Eibenthal sebagai kampung bebas kecurian bermula sejak tahun 1996 lagi yang memperlihatkan penduduk mula membawa beg dan duit luar dari rumah mereka untuk penghantar roti.

Satu-satunya kedai penduduk telah ditutup selepas revolusi 1989 dan orang ramai terpaksa memerhati dan trak roti datang dari kampung lain setiap dua hari bagi memastikan mereka mempunyai roti untuk dimakan.

Namun, ada satu ketika seseorang mencetuskan idea untuk meninggalkan duit bersama nota untuk penghantar roti di jalan. Mereka sedar bahawa tidak akan berlaku kecurian di antara sesama mereka.

“Kami tidak pernah mempunyai masalah, tidak sama sekali, saya tidak pernah mendengar tentang kehilangan duit atau roti,” kata seorang warga emas di kampung itu.

Penduduk juga menghormati harta benda masing-masing dan tidak pernah menjejakkan kaki ke dalam halaman masing-masing tanpa kebenaran. Mereka hanya memanggil tuan rumah di pagar dan masuk hanya bila dijemput. Jika tiada sesiapa yang menjawab, mereka akan berlalu pergi.

Sumber: Odditycentral

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra