Siakap Keli

(Video) Raungan Kanak-Kanak Syria Dipercayai Baru Kehilangan Kakak Cetus Rasa Sedih, Marah

Negara Islam Syria, seperti yang diketahui ramai sedang mengalami peperangan terburuk. Perkara itu telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah.

Setiap hari, tangisan kanak-kanak kedengaran apabila kehilangan keluarga tercinta. Tiada lagi tempat untuk bergantung hidup dan mengadu kasih kerana semuanya telah menjadi korban peperangan.

Begitulah yang digambarkan terhadap satu tangisan seorang kanak-kanak yang meraung akan kehilangan ahli keluarganya. Rakaman tersebut kini sedang berlegar di media sosial dan telah menyentuh hati ramai orang.

Kanak-kanak Syria yang terselamat daripada serangan bom, tetapi beberapa ahli keluarganya tidak terselamat.

Melihat kepada video berkenaan, kanak-kanak tersebut meraung sambil menyebut kakaknya yang dipercayai telah terkorban. Tangisan kanak-kanak lelaki ini sungguh meruntuh hati sesiapa yang melihatnya.

Nyatanya, rata-rata netizen juga hiba melihat kanak-kanak ini dan turut mendoakan keperitan yang dialami oleh warga Syria bakal berakhir.

“Tiada kanak-kanak yang perlu lalui kesakitan seperti ini”

“Tiada siapa yang berhak dengan kesakitan ini”

“Ianya sangat menyentuh hati saya”

Sumber: Twitter @aha00x

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra