Siakap Keli

Gara-gara Tak Siapkan Tugasan, Bapa Paksa Anak 10 Tahun Mengemis Meminta Makanan

Seorang bapa di China bertindak memaksa anaknya untuk mengemis di stesen keretapi kerana tidak melakukan tugasan sekolah.

Pihak polis Shanghai menerima laporan seorang budak lelaki dengan membawa beg sekolah berlutut di stesen keretapi.

Kanak-kanak 10 tahun itu dikatakan membawa mangkuk dan memohon makanan dari penumpang yang lain.

Apabila ditanya bagaimana dia sampai disana, budak itu mengaku bahawa ayah telah meninggalkannya kira-kira 45 minit yang lepas.

Menurut kanak-kanak tersebut, bapanya melakukan dia seperti itu sebagai hukuman kerana dia tidak melakukan tugasan yang diberikan guru.

“Ayah saya dapat tahu daripada guru yang saya tidak melakukan tugasan saya. Jadi saya diminta berlutut dan meminta makanan”, katanya.

Pihak polis segera membawa dia ke pejabat dan memberi biskut dan minuman kepada budak tersebut.

Penguatkuasa undang-undang segera menghubungi ibu bapa budak tersebut.

Ibunya berkata suaminya sangat kecewa kerana dia sering mendengar bahawa anaknya tidak menyiapkan tugasan yang diberikan di sekolah.

Kerana itu dia melakukan pelbagai hukuman keatas anaknya itu. Namun, dia tidak bersetuju dengan tindakan suaminya itu.

Pasangan itu diberi amaran atas tindakan mereka agar tidak melakukan perkara sedemikian lagi kerana boleh memberi kesan kepada anak kecil itu nanti.

Sumber: tribunnews

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)