Siakap Keli

Simpan Nasi Lebih 4 Jam Dalam Suhu Bilik Dan Panaskan Semula Boleh Jadi Punca Keracunan Makanan – KKM

Sudah menjadi kebiasaan orang kita yang menyimpan lebihan nasi di dalam peti sejuk dan keesokkan harinya dipanaskan semula. Baki makanan tersebut kononnya menjadi ‘penyelamat’ ketika kita tak tahu untuk menjamah apa. Tipulah kalau cakap tak pernah.

Namun, tahukah anda, memanaskan semula makanan seperti nasi boleh mengundang keracunan pada makanan tersebut.

Menurut status yang dimuat naik oleh KKM Putrajaya hari ini mengenai nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan serta cara penyimpanan yang betul untuk selamat di makan.

Ia menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun. Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan.

Makanan yang telah dimasak mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup.

Tambah pihak KKM lahi, ini yang dinamakan langkah pencegahan awal yang ditekankan KKM. Beringat sebelum kena.

Sumber: KKM Putrajaya

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)