Siakap Keli

Suami ‘Rider’ GrabFood Maut Ketika Cari Rezeki Nak Sara Isteri Sakit Dan Keluarga

Seorang penghantar makanan Grabfood yang berusia 42 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah lori pada Jumaat lalu.

Menurut petikan berita Singapura, lebih menyedihkan apabila mangsa yang melakukan dua pekerjaan itu menyara isteri yang sedang sakit dan keluarganya.

Mangsa juga merupakan seorang staf di syarikat kejuruteraan elektronik mengambil peluang untuk menjadi penghantar makanan sambilan GrabFood untuk menambah pendapatannya. Hal ini kerana, isterinya yang jatuh sakit sebulan yang lalu dan tidak dapat bekerja.

“Dia merupakan seorang suami dan ayah yang tidak pernah merokok atau minum alkohol. Dia banyak membantu dalam keluarga,” kata isterinya.

Mayat dituntut oleh keluarganya untuk dibawa ke Ipoh untuk majlis pengebumian.

Menurut jurucakap grabFood, pihak mereka sedang menghubungi keluarga mangsa untuk memberikan bantuan dan sokongan.

Terdahulu, mangsa meninggal dunia selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah lori di Gambas Avenue pada hari Jumaat lepas.

Sumber: Straitstimes Singapore

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)