Siakap Keli

Tujuh Tahun Merangkak, Anak Ini Berjalan Buat Pertama Kali Setelah Terima Rawatan

Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang terpaksa merangkak kemana-mana sahaja apabila dia dilahirkan dengan kaki clubbed feet.

Clubbed feet merupakan istilah untuk mengambarkan kecacatan bentuk kaki sebagai bawaan lahir. Kaki biasanya tampak bengkok seperti terkilir atau berbentuk tidak wajar.

Kanak-kanak itu dikatakan telah berjalan buat pertama kali selepas menjalani pembedahan di Australia. Dia dilahirkan di sebuah kampung terpencil di Vietnam dan tinggal bersama neneknya.

Walaupun keadaannya begitu, dia tetap pergi kesekolah walau jauh berbatu dari rumahnya. Dia menggunakan kekuatan badannya untuk merangkak dan mengangkat dirinya sendiri. Malah turut bergantung kepada rakan sekolah untuk membantunya.

Dia juga dikatakan telah menerima bantuan dari yayasan bagi menampung kos rawatannya itu.

Menurut pakar bedah Melbourne Tom Tran, dia sangat kagum dengan perkembangan anak kecil itu.

” Saya tidak mengharapkan kerana dia tidak pernah berjalan dalam tempoh tujuh tahun ini. Namun dia berjaya lakukan dalam tempoh tiga bulan”, katanya.

Kanak-kanak itu dijangka akan mula berjalan dengan baik dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

Sumber: Daily Mail

 

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)