Siakap Keli
Gambar: Bernama

”Potong Elaun Ahli Politik & Menteri, Bukan Doktor, Pharmachist & Nurse”, Syed Saddiq Bantah Perkeliling Baru JPA

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) dilaporkan bakal dimansuhkan menjelang Januari 2020.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pemberian BIPK adalah berdasarkan kriteria khusus antaranya ciri-ciri penawaran yang rendah serta sukar melakukan pengisian jawatan.

“Atas sebab itu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2019 yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri memutuskan supaya BIPK perlu dikekalkan kepada penerima sedia ada mengikut kadar sedia, walau bagaimanapun bersetuju tiada pemberian BIPK kepada pegawai lantikan baharu.

“Sehubungan itu, mulai 1 Januari 2020, pegawai lantikan baharu ke skim-skim perkhidmatan terlibat tidak lagi diperuntukkan dengan BIPK,” nyata JPA dalam pekeliling perkhidmatan.

Hal ini menyebabkan kegusaran dan ketidakpuasan hati penjawat awam dalam sektor terlibat.

Banyaknya potong gaji

Potong elaun sebab dah cukup doktor? Saya oncall 3 orang cover 200 pesakit

Kalau penjawat awam berkorban, menteri patut berkorban sama

Oncall tak berbayar, elaun kritikal dah tak dapat

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menolak keputusan berkenaan.

“Saya tidak bersetuju dengan pemotongan elaun kritikal bagi doktor dan jururawat muda kita.

“Kita sepatutnya mengkaji semula segala elaun diberikan kepada ahli politik dan juga menteri seperti saya,” katanya.

Menyifatkan tindakan itu sebagai penganiayaan kepada doktor muda dan jururawat dalam sektor kritikal, Saddiq mendakwa pekerja sektor berkenaan terlebih kerja dengan gaji yang kurang dari kadar sepatutnya.

“Sebab itu saya tidak bersetuju dengan pekeliling baru yang dikeluarkan oleh JPA yang membawa kesan kepada banyak anak muda dalam sektor kerajaan.”

Beliau turut menyarankan pengurangan gaji menteri sebanyak 10 peratus bermula dengan dirinya sendiri sehingga masalah tersebut selesai.

Sumber: Twitter, JPA

Amira

Love yourself.