Siakap Keli

Dikongsi Apple, Gambar Kampung Di Perlis Raih Ratusan Ribu ‘Like’, Dipuji Seluruh Dunia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sekeping gambar yang ditangkap menggunakan kamera handphone oleh anak muda dari Malaysia, menjadi tular di media sosial seluruh dunia apabila dpilih menjadi ‘feature’ di Instagram rasmi Apple, baru-baru ini.

Gambar yang ditangkap menggunakan iPhone 7 Plus oleh Dinny Aiman itu, memaparkan panaroma indah yang terletak di Kg Sahabat, Perlis.

Berlatar belakangkan gunung-ganang, rumput yang menghijau, tasik yang tenang serta seorang subjek lelaki yang berdiri, cukup menenangkan mata yang memandang.

”Humanity turns a photo into a story”

Rata-rata pengunjung akaun Instagram Apple dari serata negara turut memuji hasil gambar anak Jati Perlis itu.

”An impressionist landscape”

”Amazing shot”

Pemilik gambar berkenaan, Dinny Aiman ketika dihubungi Siakap Keli berkata, gambar tersebut telah diambil oleh 13 Jun sebelum dia dihubungi oleh pihak Apple pada 26 November untuk menggunakan gambarnya sebagai feature di Instagram mereka.

”Terbaik bro”

”Nice picture”

”Bangga kita tengok hasil kerja orang Malaysia diiktiraf di Apple”

Sumber : apple, dinnyaiman

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra