Siakap Keli
Kredit: Facebook

(Video) Detik-Detik Lelaki ‘Bergusti’ Dengan Pitbull Ganas Selamatkan Kanak-Kanak Dari Diserang

Rio de Janeiro – Seorang pemuda bertindak berani menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada serangan anjing jenis pitbull dengan tangan kosong pada 19 Disember lalu.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Patrick do Céu, 20, meluru ke arah anjing yang sedang menyeret mangsa berusia 4 tahun dan cuba memisahkan mereka.

Haiwan berkenaan dilihat menggigit lengan dan kaki mangsa sebelum menerkam leher serta menyeret kanak-kanak tersebut.

Menggunakan kudrat yang ada, Patrick mengangkat mangsa dan meletakkannya di atas sebuah kereta sementara dia bertarung dengan anjing itu.

Patrick sempat menendang kepala anjing tersebut sebelum turut melompat naik ke atas bumbung kereta untuk menyelamatkan diri.

Mereka dikatakan terpaksa duduk di atas kereta itu sementara menunggu bantuan tiba setengah jam kemudiannya.

Akibat serangan berkenaan, kanak-kanak itu terpaksa menerima jahitan pada leher disebabkan kecederaan dialaminya.

Sementara itu, Patrick mengalami luka pada tangan dan kedua-dua kakinya serta perlu menerima jahitan.

Menurut saksi, haiwan berkenaan muncul secara tiba-tiba dan bertindak agresif selepas melihat sekumpulan anak-anak bermain skuter di sana.

Lantaran itu, anjing tersebut dihantar ke bawah pemantauan veterinar buat masa ini.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.