Siakap Keli

“Pontianak Bertenggek Dekat Pondok & Tidur Ditindih Pocong”, Kisah Keluarga Diganggu Hantu Kerana Berebut Harta

Harta pusaka adalah suatu harta peninggalan yang ditinggalkan oleh Arwah kepada pewarisnya. Kita mungkin pernah mendengar kes-kes yang melibatkan perpecahan silaturrahim terjadi disebabkan ada yang tidak berpuas hati dengan pembahagian harta peninggalan si mati.

Ada kes dimana bukan sahaja setakat perpecahan silaturrahim, malahan ada juga yang sanggup menggunakan sihir seperti menghantar santau kerana dengki akan waris yang telah diamanahkan untuk menjaga harta-harta tersebut.

Seorang pengguna Twitter ada berkongsikan kisah dimana ahli keluarganya telah didakwa diganggu oleh sihir sehingga menjejaskan kesihatan dan menampakkan kelibat makhluk halus. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Kisah seram pasal arwah moyang aku masuk dalam badan cousin aku. Arwah moyang kot, bukan beshe beshe siap boleh sembang lagi tau. Kisah benar semalam punya kes.

Berjanda hampir 4 tahun

Ok start. First of all, benda ni jadi lepas makcik aku kahwin dengan pakcik tiri. Sebelum ni, makcik aku dah kahwin dah. Tapi kahwin mati kahwin mati macam tu la. Kira makcik aku ni dah pernah ada 3 suami la termasuk yang baru kawin ni. Biasalah dah jodoh kawin jelah kan.

Then, family belah pakcik tiri aku ni. Dia tak berapa suka family belah kami (makcik). Sebab pakcik ni dia banyak harta. Apatah lagi pakcik tiri aku ni dah umur 70 lebih mcm tu. “Asal makcik kau kahwin dengan tokwan?”.

Makcik aku ni dia baik. Nak kata dia kawin dengan sebelum-sebelum ni dia jaga dari pakcik aku sihat, sakit, sampai la dah jadi Arwah. Wallahualam la. Sebelum ni pon dia kawin dengan pakcik first aku, then masatu takde jodoh. Dia bercerai atas sebab-sebab tertentu.

Then, pakcik kedua pulak, meninggal sebab ada barah kulit. Lebih darah putih. Dia memang sayang gila dekat suami kedua dia. Tapi nak buat macam mana dah Allah sayang dia lebih. Then, makcik aku berjanda hampir 4 tahun. Lepastu, tetiba ada jodoh lagi tuhan bagi.

Kalini jodoh dia dengan pakcik tiri yang aku cakap umur dia dah 70 lebih. Dia terima pakcik tiri aku tu sebab dia memang niat nak jaga. Pakcik aku ni dia ada ramai anak. Tapi, anak dia semua jenis tak jaga hati dia. Sampaikan makcik aku ajak balik rumah dia, dia kata taknak.

Anak nak bolot harta

Anak dia kebanyakkan buat baik dengan pakcik aku ni sebabkan nak bolot harta. Yala dah pakcik aku ni kan dah tua, anak-anak pon kalut la itu ini nak bolot harta orang tua tu.

Minggu lepas, pakcik aku dah jatuh sakit macam sakit tua macam tu la. Like say, susah nak jalan sakit itu ini. So dia sekarang duduk kerusi roda la. Makcik aku jaga dia elok-elok, bagi mandi suap makan apa semua. Memang pakcik tiri aku sayang gila kat dia.

3 hari lepas iaitu hari isnin, pakcik tiri suruh makcik aku buat siap-siap surat wasiat. So pakcik aku cakap makcik aku tulis la dalam kertas A4. Untuk pengagihan harta dekat anak-anak dia yang lain.

So dalam kes ni, anak-anak pakcik tiri aku tak puas hati. Sebab kebanyakkan harta ayah dia jatuh dekat makcik aku. Yala, dah makcik aku jaga mandi, makan, sakit, semua. Then taktau depa buat apa, malam hari lepas makcik aku tulis surat wasiat tu dia jadi demam, batuk berdarah.

Kena ganggu

Then rumah dia kena kacau, anak-anak makcik aku kena ganggu tiap pagi buta. Masatu anak makcik aku, dia balik kerja pukul 12 pagi. Sampai ja rumah, dia ada nampak macam kelibat putih macam tu kat pondok sebelah rumah dia. Dia macam buat taktau la kat benda tu. Dia basuh kaki kat luar rumah.

Lepas dia basuh kaki kat luar rumah tu, macam orang tua-tua selalu kata. Kalau nak masuk rumah ludah 3 kali kiri kanan kan. Pastu dia ludah la belah kanan. Tak sempat nak ludah belah kiri, dia nampak pontianak duduk bertinggung elok ja dekat pondok tu sambil pandang cousin aku.

Lepas dia nampak tu, dia istighfar dengan baca ayat kursi. Then benda tu hilang. Dia masuk la rumah macam biasa. Pastu, dia cakap time tu dia pergi dapur nak minum air. Dapur dia macam dapur orang dulu-dulu la, jenis bumbung atas kayu macam tu.

Masa dia duduk dapur tu, dia dengar macam ada orang bisik “bawak balik”. Dia pusing-pusing takda apa pon. Then, dia baca 3 qul dengan ayat kursi. Masa dia baca ayat kursi tu, dia ada dengar benda tu baca sama-sama dengan dia. Dia memang takut gila time tu, dia terus lari masuk bilik.

Memang malam tu dia tido tak tenang langsung. Siap kena hempap lagi dengan benda tu (pocong). Masatu, dia cakap dia dah jerit nama mak dia (makcik). Tapi tak dengar langsung. Siapa yang pernah kena hempap tahu la apa rasanya time tu.

Then, dia masatu istighfar banyak-banyak. Dia azan dalam hati. Lepastu, benda tu dah tak hempap dah. Dia ambil Yassin letak bawah bantal. Then, baru dia boleh tido.

Kena kacau semasa tulis wasiat

Keesokkan hari pulak iaitu hari selasa. Makcik aku minta tolong mak aku untuk taip wasiat tu kat komputer. Yala, selalunya kena formal kalau nak hantar dekat mahkamah ka apa entah. Yang pasti kena formal. So, mak aku pon accept la nak tolong tu.

Then, kau bayangkan nak tolong pon kena jugak. Aku pon tak paham melayu sekarang ni heih. Mak aku dah taip suku, then tetiba mak aku demam siap batuk berdarah lagi weh. Mak aku cuba nak sambung buat jugak, then mak aku dah tak boleh tahan. Mak aku suruh abah aku pulak sambung.

Abah aku pon sambung la taip. Taip punya taip, abah aku jadi sakit kepala gila. Pening sampai nak muntah. Masa tu dah nak maghrib, badan abah aku jadi panas macam orang demam panas macam tu. Kejap-kejap nak muntah. Pastu aku suruh la mak dengan abah aku rest kejap.

Habis solat maghrib, aku pulak sambung taip. Kau bayangkan la lepas apa yang jadi kat mak abah aku takkan aku berani kan, ofcourse la takut tu ada. Takut jadi apa-apa pulak kat aku kan. Aku bukak kat youtube surah Ruqyah, iaitu surah yang menjauhkan diri dari ancaman sihir dan santau.

Aku bukak kuat-kuat volume surah tu. Then aku sambung taip wasiat tu. Masatu dah nak setengah dah nak siap. Then masatu aku nak bukak google sebab nak tengok format wasiat. Nak ubah-ubah ikut format betul. Kau bayangkan, masatu tetiba wifi takleh sambung pastu terpadam. Tiba-tiba weh.

Aku memang tak sedap hati gila. Benda tu pandai teknologi weh. Stop secara tiba-tiba kot. Then aku call cousin aku suruh datang rumah. Ouh ya aku lupa, cousin aku ni dia ada anugerah yang diberi Tuhan. Macam aku pernah cakap. Dulu arwah moyang aku boleh ubatkan orang.

Masa berubat

Then, anugerah tu lepas siapa-siapa meninggal mesti akan dapat waris kat anak cucu macam tu kan. Masatu cicit yang terpilih adalah antara aku dengan cousin la. Tapi, aku ni jenis kasar sikit. So, sebabtu aku tak terpilih langsung bab-bab mengubat ni. So, dapat la anugerah ni kat cousin aku.

So, lepas cousin aku dah smpai rumah. Mak aku minta berubat la dengan cousin aku. Then masatu cousin aku baca surah apa entah. Sebab masatu aku duduk jauh dari dia. Yala aku takut weh time tu. Pastu tetiba cousin aku senyap. Senyap dalam 5 minit macam tu la.

Lepas 5 minit tu. Cousin aku tetiba bersuara. Tapi bukan diri dia la masatu. Dia dikawal oleh arwah moyang aku. “Assalamualaikum”, then mak pon jawab la salam tu. “Buat apa hang panggil aku, ada apa-apa ka?”, mak aku tanya la ” saya nak tanya, sapa yang dok buat kat kami ni? “

Dia pon jawab “Orang belah sana”, mak aku tanya lagi ” pasepa depa buat kami macam ni?” . Dia jawab ” dia tak puas hati tu, tak puas hati, tak puas hati, harta, harta” (sambil pusing-pusing garam dengan air).

Pastu cousin aku tegur, “tu sapadia kat luar tu, tinggi tinggi (hantu galah). Dia nak apa lagi tu”. Masatu aku ada dekat pintu, lepas dah cakap gitu, aku lari pi belakang abah weh. Hati ketar-ketar masatu.

Then, cousin aku sambung lagi “takpa, dia tak kacau. Dia nak tengok ja kita buat apa”. Dia nak tengok? Dia tengah tengok weh. ampa paham tak perasaan aku time tu.

Then, cousin aku baca-baca la doa kat garam dengan air tu. Then dia pesan “ni garam, hang bahagi la dua, baling dekat kawasan rumah hang dalam rumah buat pendinding. Air ni minum”. Mak aku pon akur la “ha baik tok”.

Pastu, arwah moyang aku yang masuk dalam badan cousin aku tu cakap “takda apa dah, aku nak balik dah. Assalamualaikum” pastu macam biasa la, jawablah salam tu. Pastu tunggu 5 minit, cousin aku sedar.

Sambung buat surat wasiat

Bayangkan, settle ja benda tu. Aku nak sambung buat surat tu, tup-tup internet boleh weh! Tetiba dia okey. Memang pintar teknologi betul benda tu pon. Aku pon sambung buat sikit lagi pastu print terus.

Then, mak buat la apa yang nenek suruh tadi. Esok tu, mak abah sihat dah. Benda tu pon tak kacau dah rumah makcik aku tu. Melayu ni kan, kalau pasal harta ja, sanggup main benda syirik kan. Sanggup sakitkan saudara sendiri kalau bab harta.

Tamat. Thank you so much semua, sebab sanggup tunggu baca sampai habis cerita aku ni. Sebenarnya kalau nak diceritakan berkaitan benda-benda macam ni aku banyak ja. Dari duduk hostel, pergi kem perkhemahan dan banyak ja lagi. Tapi kalini aku nak share berkaitan melayu dengan harta.

Baca: Nak Beli Cash Tak Mampu, Huawei Wujudkan Skim Bayaran Ansuran 0% Interest Untuk Pelajar Beli Gadgetnya

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right