Siapa yang tidak kenal, pelakon hebat Adam Corrie Lee Abdullah memeluk Islam pada Julai 2007 pernah mendedahkan dia pernah memberitahu dia berasa kosong sebelum memeluk agama Islam.
Bagaimanapun, satu kiriman di laman Instagramnya mengenai ramai di antara peminat yang sering bertanyakan dengan hukum hakam agama namun beliau bukanlah indivud yang selayaknya menjawab isu tersebut.
Ini penjelasannya…
Agaknya saya jarang upload gambar tengah shooting drama/filem, sebab itu ramai yang DM saya panggil saya ustaz tanya hukum hakam agama.
Saya bukan ustaz… saya bukan PU… saya bukan Dai. Saya tak pernah sertai program tersebut. Jadi, saya tak mahu title ustaz. Biarlah gelaran itu diberikan kepada yang betul-betul layak dan ada tauliah. Saya tiada tauliah agama. Tanya pada ahli yang betul.
Saya tak mahu menjadi fitnah pada agama Islam. Kerana Saya hanya seorang pelakon biasa , seorang artis cina muslim sahaja. Apabila saya sharing tentang keindahan Islam ia masih belum layak di gelar ustaz. Baik bagi kita, tapi belum tentu baik untuk orang lain.
Sumber: AdamCorrie