Siakap Keli
Sumber: MBPP

MBPP Terjumpa Bangkai Tikus, 2 Kedai Roti Canai Di Pulau Pinang Diarah Tutup

Dua premis menjual roti canai yang popular di Pulau Pinang di arah tutup kerana dicemari dengan bangkai dan persekitaran yang tidak bersih.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengeluarkan satu kenyataan berhubung dengan penutupan kedai makanan tersebut.

OPERASI PENUTUPAN PREMIS OLEH BAHAGIAN PELESENAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Dalam memastikan premis makanan sentiasa mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan, satu operasi penutupan premis makanan diteruskan pada hari ini oleh MBPP.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan, MBPP mengarahkan 2 buah premis makanan ditutup kerana tidak mencapai tahap kebersihan yang memuaskan.

Berdasarkan gambar-gambar yang dimuatnaik oleh pihak MBPP menunjukkan bangkai haiwan yang terbiar malah satu kain ‘buruk’ dijumpai dalam bekas mentega di kedai tersebut.

Diharapkan setiap pengusaha premis makanan sentiasa menitikberatkan isu kebersihan bagi memastikan premis dalam keadaan bersih dan sihat untuk orang awam.

Majlis akan terus bertindak secara tegas dari semasa ke semasa dalam memastikan mutu kebersihan premis makanan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Sumber: MBPP

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.