Isu kutipan derma yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan sejak akhir-akhir ini mendapat kritikan ramai. Baru-baru ini tular satu video di mana ada individu yang didakwa mencuba menipu dirinya seorang pengutip derma untuk rumah anak-anak yatim.
Namun begitu, individu tersebut ‘dikantoikan’ oleh individu lain.
Bagaimanapun, seorang peguam menjelaskan di laman Twitternya bahawa pungutan derma rumah ke rumah adalah satu kesalahan undang-undang.
Seksyen 4 Akta yang sama menetapkan lesen hendaklah dimohon kepada pegawai pelesenan (Ketua Polis bagi kawasan di mana pungutan akan dibuat).
Seksyen 8 Akta yang sama juga memperuntukkan penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tak lebih RM 1000 atau keduanya sekali sebagai penalti.
Definisi pungutan seperti tertulis dalam Akta ini adalah seperti berikut:
Bagaimanapun, ada sesetengah netizen yang bertanyakan kepada peguam ini tentang pemalsuan dokumen kutipan derma dan ini jawapannya.
Untuk kepastian supaya tidak tertipu dengan mana-mana individu yang berani bertindak sebagai pemungut derma ini, anda perlulah dapatkan pengesahan daripada pihak balai polis berdekatan.
Sumber: Jatikhwan