Membawa watak Ustaz Hamadi antara watak antagonis dalam drama ‘NUR’ sudah menjadi ‘jiwa’ kepada pelakon terkenal, Azhan Rani. Walaupun selalu kental semasa melakonkan watak tersebut namun beliau pernah mengakui menjadi mangsa penipuan ‘scammer’.
Katanya, wang titik peluk bekerja siang dan malam terus hilang dalam sekelip mata. Kejadian ini memberikan impak dan pengajaran besar dalam dirinya.
Tambahnya lagi, masih segar dalam ingatannya ketika itu, beliau berada dalam kepenatan kerana baru sahaja selesai penggambaran sebuah filem dan dalam perjalanan untuk menghadiri penggambaran yang lain.
Tiba-tiba saya dapat satu mesej mengenai pembelian daripada kredit kad sebuah bank yang tidak pernah wujud. Dek kelam-kabut, penat dan marah, maka saya terus hubungi nombor yang tertera,” katanya.
Menurutnya, dari situ panggilan bertukar dari ‘pegawai A’ kepada ‘pegawai B’ dan seterusnya ke Bank Negara sehinggalah dalam sekelip mata wang simpanannya habis disedut keluar.
Nasihatnya kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati kerana dalang disebalik ‘scammer’ ini masih lagi terlepas. Jangan mudah terpedaya, baginya masalah itu tidak pernah selesai.
Azhan Rani membuat laporan polis tentang kes tersebut namun katanya, walaupun beliau melaporkan kepada polis, duit simpanannya tetap tidak akan dapat semula.
Tegasnya supaya saling mengingati terutamanya warga emas tentang taktik licik peniouan ini.
Sumber: Sinar Harian