Siakap Keli

Kapal ‘Hantu’ Dipercayai Dari Korea Utara, Bawa 5 Tengkorak, 2 Kepala Manusia Tersadai Di Jepun

Pihak polis Jepun menemui tujuh mayat dalam sebuah bot kayu dekat perairan kepulauan negara itu.

Penemuan itu dibuat oleh pegawai penjaga perairan yang turut disahkan oleh pihak polis pada 9.30 pagi sabtu di Pulau Sado, berhampiran Niigta.

Digelar sebagai kapal hantu, penemuan itu telah membawa kepada lima tengkorak dan dua kepala manusia didalamnya yang dipercayai datang dari Korea Utara.

Pegawai itu tidak dapat mengesahkan pemilik badan itu serta dua kepala yang ditemui itu adalah pemilik yang sama atau tidak.

Pihak polis sedang menyiasat punca kematian mayat didalam kapal itu.

Laporan NHK turut menyebut kesemua mayat itu tidak lengkap dan kesemua mangsa dipercayai sudah lama berada di laut.

Sumber: Daily Mail

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)