Siakap Keli

Rumah Terlalu Bersih Tingkatkan Risiko Leukemia Pada Kanak-Kanak – Kajian

Secara semulajadi, setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dengan mengekalkan persekitaran rumah yang bersih adalah satu cara untuk pastikan kesihatan anak terjamin sihat. Namun, rumah terlalu bersih menjamin kesihatan anak di rumah?

Namun, mengikut satu kajian yang dijumpai, mengekalkan persekitaran rumah yang terlalu bersih juga tidak menjamin kesihatan anak. Kajian tersebut mengatakan bahawa rumah yang terlalu bersih mengakibatkan risiko leukemia pada anak-anak meningkat.

Berdasarkan laporan berita CNN, satu kajian yang dijalankan pada tahun 2018 dalam Jurnal Nature Reviews Cancer mendapati bahawa jenis kanser yang paling biasa boleh berlaku melalui proses mutasi genetik dan pendedahan pada jangkitan.

Perkara pertama adalah melibatkan mutasi genetik yang berlaku pada janin sebelum kelahiran. Namun hanya 1 peratus sahaja kanak-kanak yang dilahirkan dengan perubahan genetik dan kemudiannya terdedah dengan penyakit.

Perkara kedua adalah pendedahan kepada jangkitan pada zaman kanak-kanak terutamanya berlaku pada kanak-kanak yang terlalu bersih dan kanak-kanak tersebut tidak banyak berinteraksi dengan orang lain.

Kurang pendedahan pada kuman dan virus pada awal umur mereka, dianggap boleh membantu merosakkan sistem ketahanan pada kanak-kanak.

Mel Greaves merupakan penulis untuk penyelidikan ini mendedah bahawa penyakit ini boleh dicegah.

“Penyelidikan ini menunjukkan bahawa penyakit ini mempunyai sebab yang jelas. Dicetuskan oleh pelbagai jangkitan pada kanak-kanak yang cenderung memiliki sistem kekebalan yang belum siap.”

Greave juga mengatakan bahawa leukemia pada zaman kanak-kanak adalah sama seperti diabetes tahap 1 dan penyakit auto-imun yang lain boleh dicegah jika sistem imun kanak-kanak benar-benar ‘kuat’ pada tahun pertama kehidupan mereka.

Greaves percaya bahawa apabila bayi terdedah kepada jangkitan tidak berbahaya pada tahun pertama, sistem kekebalannya akan diperkuat.

Sumber: CNN Indonesia 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.